♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Friday, January 14, 2011

bagusnye LEMON ni

kwn2 universiti panggil aku lemon sbb fesbuk aku punye name.. lagipun sng sket nak bezakan aku dgn roommate aku.. pasai name kitorang same.. ape ingat lemon tu masam je tak bagus la ye.. haaa.. bace kat bawah ni.. 10 kebaikan lemon untuk kesihatan bersama..


bagus untuk perut
lemon ni dapat meringankan masalah pencernaan bile dicampur dengan air panas.. ini termasuklah rase mual, memulas, dan gangguan parasit2 dalam perut.. dengan minum jus lemon secara teratur ia dapat membantu perut untuk menghilangkan sisa2 kotor dalam perut dengan lebih cekap.. ini kerana lemon bertindak sebagai penulen darah dan sebagai agen pembersih darah.. jus lemon ni jugak dapat menyembuhkan sembelit dan juga bertindak sebagai tonik hati..

terbaik untuk penjagaan kulit
lemon boleh menjadi ubat antiseptik.. lemon ni adalah vitamin C yang boleh membuat muka anda in glow.. rawatan harian menggunakan lemon boleh membuat penampilan yang berbeza pada wajah anda.. ia juga bertindak sebagai anti-penuaan dan boleh menghilangkan kedutan dan bintik2 hitam.. 

rawatan untuk penjagaan gigi
air lemon pun boleh digunakan dalam merawat gigi yang sakit.. ini boleh dilakukan dengan meletakkan jus lemon pada bahagian gigi yang sakit kerana ia boleh mengurangkan rasa sakit.. untuk menghentikan pendarahan pada gusi plak, urut jus lemon pada gusi yang berdarah tu.. masalah bau mulut juga dapat diatasi.. 

menyembuhkan jangkitan tekak
untuk sakit tekak, perahkan satu setengah jus lemon dengan satu setengah air  dan sering berkumur dengannya..

bagus untuk masalah berat badan
amek jus lemon dicampur dengan air hangat dan madu untuk membantu mengurangkan berat badan.. 

mengawal tekanan darah tinggi
air lemon ni sesuai juga untuk orang2 yang mempunyai masalah jantung kerana ia mengandungi kalium tinggi.. ia bukan saja dapat mengawal tekanan darah tinggi malah membantu mengurangkan stress mental and depression..

membantu dalam menyembuhakan masalah pernafasan
ia bukan saja membantu masalah bau2 an mulut tapi juga untuk masalah ketika bernafas.. air nye sesuai untuk mereka yang menghidap asma..

baik untuk merawat sakit reumatik
mende ape plak reumatik ni kan.. yang aku tau la.. reumatik ni mcm sakit yang ade kaitan dengan sakit radang sendi la bile sistem kekebalan badan menyerang sendi2 dalam badan.. jadi minum jus lemon ni bagus lah untuk mengubati sakit ni.. ia juga membantu untuk membuang bakteria dgn toksik keluar dari badan..

mengurangkan demam
minum jus lemon pun boleh kurangkan demam taw.. lagi jimat berbanding pi klinik dan farmasi untuk beli ubat demam yang mahal2..

bertindak sebagai pembersih darah
penyakit malaria dan kolera boleh dirawat dengan minum jus lemon sbb ia bertindak sebagai pembersih darah..

haaaa... nampak kan bertapa byk nye kebaikan jus lemon ni.. 


splash from the lemon


healthy drink

ok! kat bawah ni antara produk2 dari sumber lemon yang aku pakai.. 



sampai kene perli dgn kwn2.. diorang cakap aku ni duta garnier.. yela! aku memang duta garnier pun.. heeee~

p/s :: boley rujuk kat lifemojo ni..

HAVE A NICE DAY ^_^      

No comments:

Post a Comment