♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Wednesday, March 2, 2011

10 orang solatnya tak diterima Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud "sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)


Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :



  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membecinya.
  4. Orang yang melarikan diri.
  5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
  6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
  7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
  8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
  9. Orang-orang yang suka makan riba'.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." 
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


p/s: aku amek info ni dari syahirul.com.. lepas mohon share.. aku share la dengan korang.. bace dan fahamkan.. tergolongkah kita antara 10 orang tu.. 


HAVE A NICE DAY ^_^

4 comments:

  1. perempuan solat tanpa pakai tudung?
    cm ne tuh? serkup?

    ReplyDelete
  2. adek tikus: ikut pemahamanku,, org tu solat,, tp still xpakai tudung,, ade la 'curi' dlm solat die tu,,

    ReplyDelete