ok nak diet memang ade cara.. dulu aku ade cite diet cara ni.. sekarang aku cite diet ikut jenis darah pulak.. mesti ade antara korang tak tahu jenis darah kan.. takpe.. kang pi la klinik ke hospital ke.. check darah tu.. pastu hengat sampai bile2 korang darah jenis ape.. owh! gentlemen pun buleh juga cube cara ni.. sbb diet ni kan umum.. :)
Diet untuk golongan darah A
Dr. Peter J.D' Adamo dalam bukunya menyatakan golongan ni memerlukan diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.. sbb kalau amek kandungan lektin banyak2 akan mengakibatkan sakit perut..
Individu ini juga perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.. sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam perlu diambil dalam kuantiti yang terbatas..
Individu jenis darah A ni menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.. ini akan menimbulkan risiko terhadap penyakit asma, infeksi telinga dan gangguan pada pernafasan..
Individu ni juga disarankan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dlm jumlah yg terbatas), lemak (dlm jumlah terbatas), kekacang dan bijiran..
Diet untuk golongan darah B
Golongan ini lebih fleksibel berbanding golongan darah A.. mengikut teori Dr. Peter J.D' Adamo, golongan ini perlu menghindarkan dari mengambil makanan beku atau makanan dalam tin.. tapi mereka ni disarankan untuk amek makanan berasaskan susu yang mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi..
Individu berdarah B ni sangat mudah diserang penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus.. jadi mereka disarankan utk amek sayuran yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak..
Makanan yang disarankan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, sume produk susu kecuali blue cheese dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, makanan berasaskan beras dan buah-buahan..
Makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya ialah ayam, udang, ketam, kerang, telur puyuh, telur itik, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, tempe, tauhu, kacang merah, mee segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato, dan makanan berasaskan gandum..
Diet untuk golongan darah AB
Golongan ni pulak mengambil pola pemakanan gabungan pola pemakanan darah jenis A dan B..
Mereka ni perlu mengambil jenis makanan laut, sume jenis telur kecuali telur itik, susu yang melalui proses penapaian, kacang tanah, sume jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan serta sume jenis buah-buahan kecuali jeruk..
Golongan ni jugak perlu menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan sume produk susu serta daging yang diproses..
Makanan berasaskan kekacang perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit.. kurangkan jugak makanan berasaskan gandum seperti kek, roti, kuih-muih, dan pasta..
Diet untuk golongan darah O
Untuk golongan ini, Dr. Peter J.D' Adamo menyarankan untuk mengambil lebih banyak makanan berprotein tinggi.. mengikut diet rendah karborhidrat dengan pengambilan ikan dan daging (kecuali daging yang diolah).. sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum..
Golongan ini disarankan utk menghadkan pengambilan buah-buahan..
Pemilik darah jenis O ni perlu menghindari sume bijirin, pasta, dan nasi.. makanan laen yang perlu dihindarkan seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang..
Susu dan gandum tidak diperlukan sangat oleh pemilik darah ini sebab tubuh dah mendapat khasiat daripada sumber daging..
Hindari jeruk sbb boleh mendatangkan keracunan usus pada golongan darah jenis O..
p/s: terpulang pada korang utk ikut tips ni ke tak.. sebab ade beberapa jenis pemakan yang menjadi kegemaran aku.. tapi perlu diHINDARkan.. urghhhh. -.-" .. yang utama korang sume perlu tahu tabiat pemakanan yang sihat.. aku amek info ni kat sini.. pi check darah sane.. ^^
HAVE A NICE DAY ^_^
No comments:
Post a Comment