♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Sunday, March 6, 2011

Allah benci orang menguap

Ok! sape yang tak pernah menguap? golek2 atas jalan tar sekarang.. mesti takde kan.. kite sume mesti akan menguap kalau tak cukup tido atau bahase mudah.. MENGANTUK.. kalau ikut orang sains.. punca kite menguap sebab kite ni kekurangan oksigen..




Ada hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Tarmizi dimana Nabi SAW bersabda "sesungguhnya Allah suka kepada orang2 yang bersin, dan membenci orang2 yang menguap. maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaaa haaaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakan kamu."


Jadi lepas ni kene la kite tahan menguap sekadar yang mampu je.. jangan la duk paksa diri pulak..


Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda "sesungguhnya Allah suka kepada orang2 yang bersin, dan membenci orang2 yang menguap. maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallah'. adapaun menguap itu adalah daripada syaitan. maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya."




Kalau dah tak tahan nak menguap sangat, jangan lupe letak tangan kat mulut tu.. jangan pule sebok buat bunyi haaaa haaaa tu pulak..


Rasulullah SAW bersabda "apabila seseorang kamu menguap, hendaklah meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)"


Ha! dah berape banyak kali agak2 korang la.. korang lupe nak tutup mulut plus dengan bunyi2 tu.. boleh kire berape banyak perkampungan syaitan dalam badan tu.. Masya Allah.. Nauzubillah.. Wallahualam..


HAVE A NICE DAY ^_^

3 comments:

  1. dah ramai dah kne sepuk ngan saya pasal bnda ni..mmg pantang klu tgk org mnguap xreti tutup mulut...lagi2 klu anak dara...buruk prangai...haih,geram nih !...

    ReplyDelete