1. Tunarama
tengok name pun dah nampak pelik. ni sejenis sukan yang memerlukan ikan tuna yang dah busuk untuk dilempar oleh sape2 yang gagah perkasa sebab saiz ikan tuna ni sume beso2. jadi seharusnye ianya berat kan.. pastu pemenang dipilih berdasarkan sejauh mane ikan tuna tu mendarat.. sukan ni diadakan di Port Lincoln, Australia Selatan pada setiap tahun. tak pupus lagi sukan ni.
erk! +__+"
2. Perang Kadbod
okeyh! sukan ni nampak macam budak2 punye sukan.. tapi dah ade liga taw untuk sukan ni ha. peserta perlu melengkapkan diri dengan peralatan yang diperbuat daripada kadbod seperti pedang dan baju kebal.. kelako kan. diorang akan berperang one by one gune alat2 kadbod tu lah.. pastu pemenang akan dipilih berdasarkan kadbod sape yang paling lame bertahan daripada terkoyak. *letak kayu besbol dalam pedang kadbod tu. haha!*
3. Sukan misai dan janggut
sukan ni nak menunjukkan kejantanan lelaki kat dunia ni.. sebab ia memerlukan diorang untuk membela misai dan janggut pastu buat fesyen dengan bulu2 muke tu.. bape lame agaknye nak bela misai dengan janggut tu. kejap! kompius di sini.. mende ni pun dipanggil sukan jugak ke? urghhh. layan~
ade yang nak cube style ni? ;p
4. Melempar orang kerdil
sukan ni nampak macam kasar kan. ade pulak orang nak dicampak-campak.. sukan ni asal dari Australia dan sesape pun boleh join termasuklah pompuan asalkan ade kekuatan fizikal yang gagah perkasa. sebelum diorang yang gagah2 ni nak lempar yang kerdil2 ni. diorang akan minum arak dulu sebab konon2 nye nak kurangkan rase bersalah bile lempar orang tu. sukan ni berlangsung dekat tempat tertutup macam pub2 lah kan. sape lempar paling jauh dikira pemenang.. tapi diorang ni sume siap pakai safety siot.. naseb baek sekarang sukan ni dah diharamkan sebab menyentuh sensitiviti orang2 kerdil. diorang tau pulak maksud haram kan.. haha. :P
5. Catur tinju
ini sebab lah kenapa aku taknak join game catur ni.. kang kene bertinju pulak. hahaha! nonsense. aku memang tak gheti maen catur. tu je alasannye.. okeyh.. sukan ni asalnye dari seorang kartunis belanda, Enki Bilal pada tahun 1992.. sukan ni bukan je memerlukan pesertanya kuat fizikal tapi kene ade otak yang bernas jugak. 2 in 1. huih! diorang ni mestilah kene ade kekuatan dalam sukan tinju and at the same time kene ade kemahiran untuk maen catur kelas A okeyh. diorang ni kene maen catur selama 4 minit pastu bertinju 2 minit. kire macam bergilir-gilir lah kan. catur, tinju, catur, tinju, catur, tinju = sakit mental + hospital. -.-"
pastu kene pulak maen semaksimum 11 pusingan dan diberi mase selama 14 minit untuk abes maen. pemenang dipilih berdasarkan keputusan knock out or checkmate yang dihabiskan dalam tempoh yang diberi.
ha! ade berani?
6. Sukan dukung isteri
yang takde bini tu jangan simpan hasrat nak join game ni okeyh sebab awek korang mesti tak sanggup.. kalau aku. ni kalau aku lah kan.. mesti taknak sebab tengok care dukung pun aku dah tak sanggup siot. sukan ni asalnye kat Finland sane. sang suami kene dukung sang isteri secara terbalik. sanggup korang nak ngadap b****t si die ke?.. pastu diorang ni kene melalui halangan dan rintangan yang susah2 pulak tu.
yang menariknye sukan ni memerlukan ikatan kaseh sayang yang kuat from each other. kire macam korang ni kene sebulu la kan.. sebab kalau tersilap langkah, bukan hubungan korang je yang terjejas malah nyawa korang pun boleh terjejas. sape sampai dulu kat garisan pemanat dikira pemenang lah. hooorey!
macam ni sekali rupenye. ><
7. Gulingan keju Cooper's Hill
sukan ni bukan suruh korang guling2 macam cite hindustan sambil peluk keju korang. tapi ia merupakan sukan yang agak ngeri jugak ah sebab kemungkinan untuk tulang2 korang patah atau hancur terus or even cedera parah amat tinggi.. tapi boleh pulak jadi sukan tahunan kat Cooper's Hills, England sejak 200 tahun lalu. kire sukan tertua jugak la ni. cara nak maen sukan ni. korang kene standby kat lereng bukit tu. bile aku lah konon2 nye baling sebuah kotak yang ade keju menuruni bukit tu. takkan korang nak tengok kot. pi lah kejo sane kan!
sape yang dapat kotak tu dulu dikire pemenang lah kan.. kerajaan diorang dah larang sukan ni. tapi manusia kan. makin dilarang makin seronok diorang nak buat.. and most of them sume akan balik dengan kecederaan yang teruk ah.
gile curam siot.
8. Hoki air
ingat hoki boleh maen kat ais je ke? kat air pun boleh lah.. sesuai lah untuk negara Malaysia ni yang takde ais kan.. sukan ni same je macam sukan hoki tu. ade stick nye pastu helmetnye dengan sebiji bola yang leper.. paling penting alatan menyelam lah kan sebab game ni maen kat dasar air.. kang lemas pulak diorang ni.. mata sape paling banyak die lah yang menang kan. tapi cube bayangkan nak bergerak dalam air tu camne pastu nak kejo bola leper pulak.. pelik2~
camne penonton nak tengok erk?
9. Melempar telefon bimbit
sukan ni dah diiktiraf sebagai sukan antaranbangsa kat Finland sejak tahun 2000. korang cume perlu lempar telefon bimbit korang dengan penuh perasaan sebab sape paling jauh die menang lah.. game ni sesuai untuk korang yang selalu gado2 dengan awek/pakwe korang. sebab selalunye korang suke baling2 handfon kan bile gado time calling2.. so, pi lah masuk game ni.. kot2 tuah korang kan. boleh menang pastu cipta rekod sekali kan.. glemer siot.
terserlah kesungguhan die ni kan.
10. Human vs Horse
ape kejadahnye manusia nak lawan kuda ni. game ni bermule kat Llanwrtyd Wells, Wales yang dibuat setiap tahun dengan cara menguji keupayaan manusia untuk dibandingkan dengan kuda melalui pelbagai rintangan. sukan ni agak mencabar jugak ah sebab manusia dicabar untuk menandingi kekuatan kuda yang berkebolehan berlari lebih laju dari manusia. gilo ko hapo. -.-"
laju pakcik! kuda kat belakang tu ha. copat!
11. Buzkashi
lagi satu name yang pelik sampai belit2 jari nak taip.. sukan ni femes kat Afghanistan yang dimainkan macam bola sepak tapi diorang kene ade kuda macam sukan polo jugak la. tapi bukan bola yang diorang sume ni duk rebutkan sebab yang direbutkan tu adalah bangkai anak lembu untuk dilontar dalam gol.. gol paling banyak mestilah menang. kesian siot binatang tu.. dah mati dibuat maen pulak.
dan pikir nak join game mane tak? selamat berfikir semua dan majulah sukan untuk negara.
HAVE A NICE DAY ^_^
No comments:
Post a Comment